BREAKING NEWS

Perkahwinan

Masalah Sosial

Agama

Berita

Hiburan

Video

Kisah

.

Thursday 29 January 2015

MESTI BACA!! Pengakuan Berani Mati Gadis Bernama Sa

Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup menjual diri untuk menyara kehidupannya.

Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang dikenalinya tidak sampai setahun.

Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik beradik.

“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap nasi.

“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata tempat untuk menyara keluarga,” katanya.

Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.

Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.

Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah pelacuran.

Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari lelaki-lelaki yang melanggannya.

“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut harga yang ditetapkan.

“Lebih 100 lelaki telah melanggan saya dan setiap malam saya memperoleh RM400 hingga RM500 setiap kali dilanggan dan akan bertambah apabila musim perayaan.

“Saya tidak mampu lari lagi dan terus melakukan kerja terbabit, sehinggalah saya ditangkap khalwat bersama teman lelaki berusia 20 tahun dalam sebuah rumah empat bulan lalu dan atas kesalahan itu saya dipenjarakan,” katanya.

Sa berkata, selepas ditahan dan pemeriksaan kesihatan dilakukan, dia terkejut apabila turut disahkan positif HIV akibat cara hidup lampau yang bergelumang dalam dunia pelacuran.

“Sesungguhnya, saya insaf dan bertaubat kepada ALLAH SWT, semoga segala perlakuan saya selama ini diampunkan dan saya nekad untuk berubah demi untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam jangka masa yang tidak lama.

“Sedih memang sedih. Kadangkala jika tidak mempunyai pedoman mungkin saya akan bunuh diri, namun saya harap selepas dibebaskan Disember ini, saya berjanji dengan teman lelaki untuk berkahwin walaupun berat hati saya untuk menyatakan kepada bakal suami bahawa saya disahkan menghidap HIV,” katanya.

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com

Jururawat Maut Jadi Mangsa N@fsu Binatang Bapa Tiri

MEXICO CITY: Seorang pelajar kejururawatan dibunuh dan kulitnya disiat selepas bercadang untuk mendedahkan perbuatan tidak senonoh bapa tirinya ke atas dirinya.Kassandra Bravo, 19, dilapor hilang awal bulan ini selepas tidak muncul untuk menjaga bayi di rumah rakan keluarganya.

Polis mengeluarkan notis orang hilang selepas menerima laporan daripada ibunya. Mayatnya ditemui dalam parit berhampiran jalan raya di Las Cocinas.Detektif yang menyiasat kes itu berkata, mulanya sukar untuk mengecam mayat Kassandra kerana kulit mukanya sudah disiat.

http://2.bp.blogspot.com/-0WMlmS4q-f0/VMk-ODDKplI/AAAAAAAALI4/cgtQWBWR95c/s1600/Erika-Kassandra-Bravo-Dead.jpg

Hasil bedah siasat menunjukkan dia dicekik.

Seorang rakannya memberitahu polis, Kassandra bercadang memberitahu ibunya Angela Bravo, 41, bahawa dia didera secara seksual sejak berumur 15 tahun.Bapa tiri mangsa, Daniel Murrieta Sianz, 42, mengaku mencekik dan membuang mayat mangsa, tetapi menolak dakwaan dia mendera atau menyiat kulitnya. - Agensi

Hosted on: kamithemedia.blogspot.com


JAKIM Keluarkan Fatwa Permainan GAME COC Adalah HARAM

Berita buruk buat peminat-peminat game COC sebuah print screen yang Shaiffulah Ibnu Musa mendakwa JAKIM telah mengharamkan permainan GAME COC haram kerana terdapat gambar firaun pada level 5 - 7 jadi terpulang kepada anda untuk percayainya atau tidak



https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t34.0-12/10872311_761192573954820_1438163861_n.jpg?oh=6823a291cbcc5c036c424b316bd71fd3&oe=54CC9991&__gda__=1422689521_0569aa449e62d6fe5fd8d14bc2ad0af1

3 Gambar Kanak-Kanak Lelaki Mati Jatuh Dari Tingkat 6 PPRT Kota Damansara

Seorang Pengguna Facebook telah kongkan 3 gambar kanak-kanak lelaki jatuh dari tingkat 6 Rumah PPRT Kota Damansara Blok b.Menurut beliu budak menyandar di besi Koridor depan rumah namun besi tersebut telah patah


20 GAMBAR Cara Kejam Lupus Mayat

Sebahagian besar masyarakat Tibet merupakan penganut agama Budha yang percaya pada kelahiran semula. Selepas seseorang meninggal, tubuh mereka dianggap tidak lebih dari Plastik kosong yang perlu dibuang. Disebabkan keadaan geografi tanah tibet yang berbatu serta curam,

mereka memilih untuk melakukan pengebumian langit daripada membakar jenazah-jenazah, kerana dianggap lebih mudah. pekara ini memang mengerikan bagi kita yang belum pernah melihatnya, namun bagi masyarakat budha di Tibet, pengebumian langit (sky burial) merupakan kemurahan hati bagi orang yang meninggal, kerana mereka memberikan tubuhnya sebagai makanan kepada makhluk hidup lain.


Gambar-gambar di bawah menunjukkan proses pengebumian langit yang dilakukan oleh orang-orang Tibet




http://malaysiaaviral.blogspot.com/2015/01/20-gambar-cara-kejam-lupus-mayat.html

http://malaysiaaviral.blogspot.com/2015/01/20-gambar-cara-kejam-lupus-mayat.html

http://malaysiaaviral.blogspot.com/2015/01/20-gambar-cara-kejam-lupus-mayat.html

http://malaysiaaviral.blogspot.com/2015/01/20-gambar-cara-kejam-lupus-mayat.html








Wednesday 28 January 2015

Saya Tidak Tahu Mereka Gunakan Cara Ini - Wanita Malang

Utk maklumat Dan peringatan kawan- kawan.

Jam 12.25 tadi saya mengeluarkan duit Di Maybank Seri Rampai. Apa bila masuk Kereta utk hidup injin, Tiba2 seorg Perempuan macam Iran ketuk cermin dgn kuat Dan tunjuk duit Yg bertaburan Di tayar belakang kanan. Bila saya keluar utk tengok sambil bongkok, masa tu lah seorg lelaki Arab terus buka pintu Kiri depan Kereta dan larikan beg Yg berisi duit saya utk urusan Gaji pekerja. Mohon berhati2 Cara mereka mencuri Dan ingatkan Saudara Mara Yg lain.

Sebarkan..

SILA SHARE
-Info dari Rakan FB

KISAH BENAR Pelajar Wanita Hilang Dara Diusia 12 Tahun Dan Dijangkiti HIV Selepas Dikenduri Lelaki Hidung Belang

Kuala Lumpur : Usia mereka baru 12 dan 13 tahun dan masih bersekolah, tetapi kesucian diri diragut teman lelaki ekspres yang dikenali menerusi laman sosial popular, Facebook (FB).

Semuanya berlaku kerana perasaan ingin mencuba ilmu asmara yang diperoleh menerusi Internet dan FB dianggap jalan pintas untuk mendapat seberapa ramai kenalan lelaki dalam tempoh singkat tanpa pengetahuan ibu bapa.

Terpesona dengan pendapatan antara RM18,000 hingga RM20,000 sebulan hasil kegiatan sumbang bersama lelaki hidung belang tanpa mengira umur atau keturunan termasuk pelancong asing, Sally dan Tina menggunakan gambar seksi untuk menggoda kenalan FB.

Bagaimanapun, seronok hanya sekejap tetapi derita berpanjangan. Kini mereka yang menginjak usia 17 tahun menyesal tak sudah kerana kesilapan silam pada usia masih mentah.

Jika dulu mereka berbangga didampingi ramai lelaki, diulit kemewahan dan mampu memiliki gajet canggih yang menjadi idaman rakan sebaya, kini semuanya tidak berguna lagi selepas Sally disahkan dijangkiti HIV positif.
 
Copyright © 2013 Malaysia Viral
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger