BREAKING NEWS

Perkahwinan

Masalah Sosial

Agama

Tuesday 9 September 2014

Gadis hamil luar nikah gugur kandungan dalam balai polis

Riyadh: Seorang wanita Syria yang hamil selepas menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya bertindak luar jangkaan apabila menggugurkan kandungannya ketika ditahan di dalam lokap polis untuk mengelak didakwa.

Wanita itu yang sudah bercerai ditahan selepas dilihat bersama seorang lelaki. Hasil pemeriksaan mendapati dia hamil, lapor akhbar al Watan.“Dia ditahan dalam lokap sementara menanti perbicaraannya, namun menggugurkan kandungan itu.

“Mungkin dia menganggap dapat mengelak daripada dibicarakan dan menyangka pihak polis tidak tahu perbuatannya,” lapor akhbar itu.Wanita itu kemudian dibawa ke hospital dan bakal menghadapi tuduhan mengadakan hubungan sulit serta membunuh anak dalam kandungannya. - Agensi.


pilihan-anda.blogspot.com

Post a Comment

 
Copyright © 2013 Malaysia Viral
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger