BREAKING NEWS

Perkahwinan

Masalah Sosial

Agama

Monday, 26 January 2015

3 GAMBAR Detik-detik Kematian Isteri Dalam Pelukan Suami Apabila Ditembak Polis Yang Zalim

sekeping foto memilukan menunjukkan detik-detik saat aktivis Mesir, Shaimaa el-Sabagh (32), terbunuh sambil memeluk suaminya selepas ditembak oleh polis.

Dengan bersimbah darah, tubuh Shaimaa pun longlai selepas terkena tembakan dari polis. Tubuh Shaimaa pun dipeluk oleh suami.  ingin menyelamatkannya,  suami memberikan ubat namun  Shaimaa dinyatakan tak bernyawa.


Shaimaa turut serta dalam perhimpunan memperingati empat tahun penumbangan rejim Presiden Mesir Hosni Mubarak. Wanita yang mempunyai anak lelaki berusia 5 tahun itu ditembak di bahagian kepala dan badan apabila meletakkan karangan bunga dan pelbagai ungkapan duka cita di dekat Lapangan Tahrir.


Sebuah rakaman video menunjukkan saat sebelum Shaimaa meregang nyawa. Aktivis kiri dari Perikatan Popular itu tengah membawa poster dan melaungkan "roti, kebebasan dan keadilan sosial", slogan utama yang diteriakkan dalam Revolusi 2011.

Lalu, rakaman itu memaparkan seorang pegawai-pegawai bersenjata memakai topeng berwarna hitam berdiri di dekat tindakan massa tersebut. Terdengar, teriakan "tembak, tembak" sebelum suara pistol meletus.

Wanita berusia 32 tahun itu tumbang seketika dan sempat diberikan pertolongan oleh temannya, Sayyed Abu el-Ela yang merupakan seorang peguam. Shaimaa sempat dilarikan dari lokasi penembakan, namun dinyatakan meninggal di rumah sakit.

Hari ini waktu tempatan, seratusan orang memperingati terbunuhnya Shaimaa di Alexandria. Seorang penunjuk perasaan berkicau, "Dia (Shaimaa) ingin meletakkan mawar di Tahrir. Hari ini, kami menaruh mawar untuk Shaimaa selepas polis menembak dan membunuhnya."


Post a Comment

 
Copyright © 2013 Malaysia Viral
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger