Apa yang mengejutkan SS, artis terbabit langsung tidak menunjukkan ciri-ciri songsang dan berperwatakan maskulin.
Menurut rakan SS, artis itu mula berhubung dengannya menerusi aplikasi WhatsApp selepas berkenalan di sebuah majlis.
Pada awalnya, rakan SS tidak mengesyaki apa-apa, namun mula mencuriga apabila kandungan WhatsApp yang dikirim artis itu terlalu 'mesra'.
Malah, artis itu dikatakan kerap menghantar WhatsApp bertanyakan khabar kepada rakan SS hampir setiap hari.
SS cuba bersangka baik dengan menganggap artis itu tiada niat jahat dan mungkin itu cara dia berkawan.
Namun SS berpendapat, bagi mengelak orang lain bersangka buruk, seeloknya menjaga bahasa ketika berurusan.
sumber :harian metro
Post a Comment