BREAKING NEWS

Perkahwinan

Masalah Sosial

Agama

Monday 26 January 2015

VIRAL ISU KOS KEMATIAN UMAT ISLAM RM4735 : Berikut Komen Setiausaha Masjid Tersebut

Nibong Tebal: Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas resit pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.

Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.

"Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat."Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga arwah isu ini dianggap selesai," katanya.

Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah.

"Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum mengenai perkara ini," katanya.


Post a Comment

 
Copyright © 2013 Malaysia Viral
Share on Blogger Template Free Download. Powered byBlogger